Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu
i. Jepun menguasai Tanah Melayu
- Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
- Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
- Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
- Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan
ii. Banyak berlaku kemusnahan
- Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
- British gunakan taktik “bumi hangus”
- British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan
- Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
- Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan Muzium Selangor
- Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan
iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
- Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara
iv. Kelemahan tentera British di Tanah Melayu
- Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
- Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura
- British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah
- Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu
i. Perancangan awal perang
- Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
- Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan
ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
- Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
- Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu
iii. Semangat tentera Jepun
- Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
- Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
- Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
iv. Taktik serangan Jepun
- Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
- Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura
v. Kelemahan tentera British
- Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
- Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
- Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
- Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura
vi. Pakatan Jepun-Thailand
- Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
- Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand
vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
- KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
- KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun
 |
Peta menunjukkan perjalanan tentera Jepun di Tanah Melayu.
|
 |
Rajah menunjukkan tentera British menyerah kalah kepada Jepun.
|
 |
Rajah menunjukkan dua orang general Jepun.
|