Thursday, 27 August 2015

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

AWAL PENDUDUKAN JEPUN

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan juga merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini.
Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya serangan Pearl Harbor. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl ("Pearl Harbor") melalui udara.Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Patani, Butterworth dan Alor Setar pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju keKuantan, dan satu lagi ke selatan menujui Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

Rajah menunjukkan cara Jepun masuk ke Tanah Melayu


Rajah menunjukkan tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu dengan menggunakan basikal.


SUDUT BERFIKIRMari kita menjawab beberapa soalan untuk menguji tahap kefahaman kita.1.Mengapakah Jepun datang ke Tanah Melayu?
2.Bagaimanakah tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu?
3.Apakah tindakan pihak British menghadapi kedatangan Jepun?







No comments:

Post a Comment